|
Projek Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM). Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat. Sebanyak 105 perpustakaan jalur lebar telah diwujudkan sebagai perintis program untuk mendekatkan kepada pengguna komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan harian mereka. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan masyarakat kepada penggunaan ICT dalam kehidupan seharian mereka. Secara tidak langsung, menjadikan ICT sebagai medium penyebaran ilmu dan juga menjana pertumbuhan ekonomi setempat. ''Selamat Datang ” Selamat datang saya alukan , Kepada anda surfers budiman , Di perpustakaan jalur lebar kg dato syed ahmad kita diketemukan , Semoga silaturahim dapat dijalinkan. NAMA PENYELIA IT : NOOR HAMNINA BINTI ABDUL HAMID ALAMAT PJL: KG DATO SYED AHMAD, MUKIM PADANG PELIANG, 06750 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN HARI OPERASIAHAD – KHAMISWAKTU OPERASI9.00AM – 6.00PM PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN -KELAS KOMPUTER SECARA PERCUMA-PERKHIDMATAN ONLINE INTERNET- PRINTING - SCANNING - FOTOSTAT-BURN CD PETA MUKIM PADANG PELIANG/PADANG PUSING  |
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 08 Julai 2009 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
MAKLUMAT AM KG DATO'SYED AHMAD PENDANG  Signboard Kg Dato Syed Ahmad  mercu tanda kampung Pegawai Daerah Pendang  YDP DAERAH PENDANG | Nama : | Abdul Shukor Bin Abdul Ghani | | Tarikh Lahir : | 6 Februari 1956 | | Tempat Lahir : | Pengkalan Kundur Alor Setar | | Pendidikan: | Ijazah , B.A (HONS) UKM |
Penghulu Mukim Padang Peliang adalah :Mohd Isa Bin Haji Arif Penduduk Mengikut jantina: | KATEGORI | BILANGAN | | a) Lelaki | 168 orang | | b) Perempuan | 167 orang | | Jumlah Keseluruhan penduduk Kampung | 335 orang |
penduduk mengikut umur : | BIL | KATEGORI UMUR | LELAKI(ORANG) | PEREMPUAN(ORANG) | JUMLAH(ORANG) | | a) | 60 tahun keatas | 5 | 10 | 15 | | b) | 40-59 tahun | 33 | 31 | 64 | | c) | 18-39 tahun | 50 | 36 | 86 | | d) | 13-17 tahun | 26 | 17 | 43 | | e) | 7-12 tahun | 26 | 17 | 43 | | f) | 0-4 tahun | 11 | 15 | 26 | | | Jumlah keseluruhan | 277orang |
Penduduk mengikut pekerjaan : | BIL | KATEGORI | BILANGAN | | a) | Kerajaan | 7 orang | | b) | Swasta | 20 orang | | c) | Lain -lain | 77 orang | | | Jumlah | 104 orang |
Penduduk mengikut Kaum : | BIL | JENIS KAUM | LELAKI | PEREMPUAN | | a) | Melayu | 127 orang | 137 orang | | b) | Cina | 7 orang | 0 orang | | c) | Lain-lain | 34 orang | 30 orang | | | Jumlah | 168 | 167 | |
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 08 Julai 2009 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Pada mulanya, kawasan Kg. Dato Syed Ahmad ini adalah sebuah ladang getah yang besar sebelum dimajukan oleh Dato` Syed Ahmad Shahabudin. Pada masa itu, tiada lagi kawasan penempatan di kawasan kampung ini sehinggalah dimajukan oleh Yang Amat Berhormat Dato` Syed Ahmad Shahabudin. Pada lewat 1960-an, Yang Amat Berhormat Dato` Syed Ahmad Shahabudin telah banyak memajukan kawasan kampung ini. Oleh disebabkan sumbangan beliau, maka penduduk di kawasan kampung ini telah menamakan nama beliau iaitu Dato` Syed Ahmad sebagai nama kampung ini. |
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 06 April 2009 )
|
|
|